Selasa, 29 April 2014

Hari Guru : Kenapa Sambut Hari Guru 16 mei ???

Hari Guru akan disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Setiap murid dan guru dan melakukan persiapan sambutan, sama ada dalam bentuk majlis, jamuan atau pun pemberian hadiah. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa Hari Guru disambut pada tarikh tersebut?. 
Selamat Hari Guru 2013

Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.



OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


LOGO HARI GURU

Logo Hari Guru 2013











Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.
-


Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

INOVASI 2012

LET'S TWIST


Isnin, 28 April 2014

APA ITU PISA DAN TIMSS?

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. 


Apa Itu Ujian PISA dan TIMSS?

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. 

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 


Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK BERKESAN

1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2.       Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3.       Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar .